Khamis, 26 Mac 2009

YM Tuan Haji Ishak bin Itam
Guru Utama Seni Silat Cekak Malaysia


YM Tuan Haji Ishak bin Itam sejak dari kecil lagi telah meminati seni silat Melayu, iaitu bermula dari umur 9 tahun sehingga ke umur 18 tahun beliau telah mempelajari Silat Gayung Fatani melalui bapa saudaranya En. Bakar dan En. Shafie b. Din. Seterusnya beliau mempelajari Silat Kuntau Jawa dari En. Hassan Jawa selama 2 tahun dan kemudiannya telah mempelajari Silat Sendeng dan Silat Minangkabau.

Kemudian beliau mempelajari pula Tomoi Siam dari En. Osman b. Ahmad (Man Balak) sehingga beliau menjadi Guru Tomoi selama 2 tahun. Semasa menjadi Guru Tomoi, beliau begitu yakin bahawa tiada satu silat Melayu boleh mengalahkan Tomoi Siam.

Selain daripada ilmu persilatan, beliau telah mempelajari ilmu kebatinan melalui Ustaz Azizan (Izan). Di samping itu, beliau telah mempelajari cara-cara membuat ubat tradisional merawat penyakit kencing manis. Tuan Haji Ishak b. Itam juga pernah mendapat pendidikan agama secara formal di Pondok Tuan Haji Mat Salleh Mesir, Tanah Liat yang pada masa ini menempatkan Maktab Adabi. Kemudian belajar pula di Pondok Pokok Sena (tafsir) dengan Tuan Guru Haji Ahmad b. Tuan Haji Hussein.

Pada tahun 1969, YM Ustaz Haji Hanafi b. Haji Ahmad telah dapat membuka kelas di Bukit Mertajam bertempat di Kubang Semang iaitu terletak lebih kurang 2 batu dari Cawangan PSSCM Seberang Perai pada masa sekarang ini. Kelas ini adalah merupakan kelas pertama yang diwujudkan di Bukit Mertajam, dimana pada masa tersebut bergerak di bawah Perkumpolan Seni Sari Budaya Sri Kedah.

Kelas ini telah diasaskan oleh Encik Abdullah b. Mohamad Zain dengan penyertaan seramai 16 orang penuntut. Dalam masa yang sama seorang tukang gunting rambut Encik Wan Omar telah berjaya mengajak YM Tuan Haji Ishak b. Itam untuk mempelajari Silat Cekak ini.

YM Tuan Hj Ishak bin Itam telah berjaya belajar silat ini selama 30 hari latihan sahaja. Setiap kali latihan, beliau sering dipukul oleh YM Ustaz Haji Hanafi dengan pokok teh pagar yang bertujuan hendak mengajar beliau supaya bersabar dan menerima ilmu silat ini dengan ikhlas hati dari tangan gurunya sendiri disamping menerima berbagai ujian dari gurunya.

YM Ustaz Hanafi b. Haji Ahmad kemudiannya telah melantik beliau menjadi jurulatih. Sepanjang penglibatan beliau sebagai jurulatih, banyak tempat dan Cawangan serta Kelas Latihan telah disertainya termasuklah di TUDM Butterworth (1977), Kepala Batas (1978), Cheruk Tok Kun (1975) dan di Kulim (1982). Beliau seringkali berulang alik mengajar silat ini di S. Perai dan P. Pinang.

Apabila YM Ustaz Haji Hanafi kembali ke Rahmatullah pada 13 Ogos 1986, YM Tuan Haji Ishak bin Itam telah diisytiharkan sebagai YM Guru Utama pada 21 September 1986. Kelas pertama diijazahkan oleh beliau sebagai Guru Utama adalah di UPM pada 13 Oktober 1986 seramai 27 orang. YM Tuan Haji Ishak b. Itam terus menerajui PSSCM sehinggalah ke hari ini. 

Pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

YM Ustaz Haji Hanafi bin Haji Ahmad
Pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Walaupun Ustaz Hanafi dilahirkan dari keluarga petani, namun kepentingan pada pelajaran amat diutamakan oleh bapanya dan beliau telah dihantar ke Sekolah Melayu Gunung bagi keluarga petani, namun kepentingan pada pelajaran amat diutamakan oleh bapanya dan beliau telah dihantar ke Sekolah Melayu Gunung bagi mendapatkan pendidikan awal sehingga darjah empat. Kemudian beliau dihantar pula ke sekolah agama iaitu di Pondok Alor Gonchah dan Guar Chempedak.

Ketika berusia 18 tahun, Ustaz Hanafi telah memulakan penghidupannya sebagai perantau sambil menjual ubat-ubatan bersama-sama dengan Pak Ngah Sharif yang bukan sahaja sebagai guru kepadanya tetapi juga bapa angkatnya. Pak Ngah Sharif yang berasal dari Tokai, Kedah telah membimbing beliau mengenali dunia manusia yang bermacam ragam. Ustaz Hanafi semasa hayatnya juga pernah menjadi guru agama dan penyelia zakat.

Ustaz Hanafi yang berjiwa besar, telah membabitkan dirinya dalam memperjuangkan semangat kebangsaan Melayu. Beliau sebagai seorang aktivis dalam Pertubuhan Seberkas Kedah, pernah berjuang bersama-sama rakan seangkatannya termasuk Tan Sri Khir Johari, Tan Sri Datuk Senu Abd. Rahman serta Mashor Mohammad (abang kepada Datuk Seri Dr. Mahathir).

Setelah hampir dua dekad beliau berkecimpung di arena politik, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk tidak aktif dalam politik tanah air memandangkan beberapa perubahan telah melanda suasana politik ketika itu. Memadailah beliau menimba pengalaman bersama dengan politik tanah air ketika itu.

Menyingkap semula zaman mudanya, Hanafi banyak menghabiskan masanya bagi menyelidiki dua bidang yang digemarinya iaitu mencari silat Melayu yang benar-benar asli dan boleh dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan diri dan mendalami bidang kerohanian Islam khasnya ilmu tauhid. Keadaan ini telah memberi peluang kepadanya bagi mempelajari pelbagai jenis silat Melayu dan menemui beberapa tokoh agama termasuk Kiai Fathulah Suhaimi dan Tuan Haji Abdullah Fahim.

Setelah mengkaji dan meneliti secara mendalam segala ilmu yang ditimba, Ustaz Hanafi akhirnya membuat keputusan mahu mengembangkan Silat Cekak kepada masyarakat Melayu. Menerusi gerakan silat inilah Ustaz Hanafi berhasrat mendidik anak-anak bangsa agar cintakan kebudayaan warisan dan menyalurkan segala pengalaman serta ilmunya di bidang kemasyarakatan.

Di dalam silat, Ustaz Hanafi telah berjasa dengan melahirkan semula Silat Cekak, jika bukan dengan inisiatifnya, mungkin Silat Cekak akan luput dan tidak dikenali. Dalam usahanya mengembangkan silat Melayu, Ustaz Hanafi sedar bahawa beberapa sikap dan tradisi yang perlu diubahsuai bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa. Perkara pokok yang diberi perhatian ialah mengubah corak hubungan antara guru dan penuntut.

Ustaz Hanafi Yakin kepada hubungan dua hala dan sebab itu rasa hormat dari penuntut bukan hanya sekadar kerana ia guru, tetapi kerana sifat dan tindak tanduknya yang boleh memenangi hati murid. Ustaz Hanafi beranggapan, sikap takut kepada guru dan mengikut apa sahaja kehendak guru di kalangan penuntut akan merugikan sesuatu pergerakkan silat itu.

Cara penyampaian silat kepada masyarakat umum turut diubahsuai. Ustaz Hanafi berjaya mengatur sistem pelajaran dan corak pengajaran Silat Cekak secara saintifik dengan menggunakan kebijaksanaan mental dan kaedah yang bersistematik. Setiap mata pelajaran diajar secara tertib dan teratur dengan menerangkan matlamat dan sebab-sebab sesuatu pelajaran Silat Cekak.

Ustaz Hanafi juga tidak ketinggalan untuk melakukan pengubahsuaian dalam majlis-majlis penerangan. Penekanan yang diberikan kepada sesuatu majlis penerangan ialah memberitahu masyarakat betapa silat masih sesuai untuk diamalkan dan cara bagaimana konsep Silat Cekak dilakukan. Bagi memastikan kelicinan setiap perubahan dilakukan itu, beliau telah mewujudkan satu sistem pentadbiran yang cekap.

PELENGKAP PEMAKAIAN.....

anya dibuat mengikut ukuran tertentu oleh sipemakai,ianya boleh juga digunakan didalam keadan gelap sekali pun tidak bercahay insayallah sampai la ia.

senjata agama

padanya terselit dua makna,adakah apa yang tersirat pada senjata ini akan diperjuangkan oleh anak cucu kita di generasi akan datang.siapa yang akan membimbing mereka.

HAYATI PESANAN PANGLIMA AGUNG INI.......

"Wahai sekalian manusia, dengarlah kata-kataku ini, sebenarnya aku tidak tahu berkemungkinan aku tidak akan menemui kamu kalian selama-lamanya selepas tahun ini. Sesungguhnya darah kamu dan harta kamu adalah haram ke atas kamu sama seperti haramnya hari kamu ini di bulan kamu ini dan bumi kamu ini.

Ketahuilah bahawa semua perkara mengenai urusan jahiliah tertanam di bawah kaki ku ini, darah-darah jahiliah adalah tertanam dan darah jahiliah yang mula-mula sekali yang ku hapuskan ialah darah Ibn Rabiah bin al-Harith, kejadiannya terjadi di mana beliau ini dibunuh semasa sedang mengambil susuan dari ibu susuannya Banu Saad, dan riba jahiliah juga dihapuskan, dan riba pertama yang ku hapuskan ialah riba Abbas bin Abdul Mutalib malah kesemuanya dihapuskan sama sekali.

Bertaqwalah kamu kepada Allah demi melaksanakan hak kaum wanita, lantaran kamu telah mengambil mereka sebagai isteri dalam bentuk amanah Allah, kamu halal berseketiduran dengan mereka melalui sebutan nama Allah, dan kaum wanita pula berkewajipan menjaga supaya tidak seorang pun manusia yang kamu bend dibenarkan masuk ke bilik kamu. Sekiranya mereka berbuat demikian maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak parah, ke atas mereka, kamu kewajipan memberi rezeki dan pakaian dengan baik.
Dan sesungguhnya telah ku tinggalkan pada kamu sesuatu di mana kamu tidak akan sesat selepas ini seandainya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah.
Wahai kalian manusia, sesungguhnya tiada nabi selepas ku ini, dan tiada umat lain selain dari kamu, beringatlah supaya kamu menyembah Tuhan kamu, tunaikanlah fardu sembahyang lima waktu, berpuasalah kamu di bulan Ramadhan, tunaikan wkat harta kamu dengan penuh kerelaan hati, tunaikan haji ke rumah Tuhan kamu, dan taatilah pemerintah-pemeritah kamu nescaya masuklah kamu ke dalam syurga Tuhan kamu.


PERHIMPUNAN RAKAN WAJADIRI

Ahli-ahli dari CS turut serta secara ramai sekali dalam program ini yang di adakan di Dataran Merdeka pada 18hb Jun 2005
Gambar: pembarisan ahli-ahli CS di program tersebut.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PSSCM

19 Mac 2009 @ 8.00 MALAM - Majlis Sambutan Maulidur Rasul PSSCM telah diadakan bertempat di Surau Sekolah Setia Budi, Gombak dan dihadiri oleh hampir 200 orang ahli dan jawatankuasa pusat dari kelas-kelas latihan sekitar Lembah Kelang. Majlis yang bermula dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan berzanji dan marhaban. Selepas solat Isyak, satu ceramah Mulidurrasul diadakan dan diakhiri dengan ucapan oleh Naib Presiden PSSCM, Datuk Haji Maideen Kadir Shah.